Tentang Acara
Objektif Program
Program Pertukaran Ilmu & Budaya merupakan sebuah inisiatif yang berlangsung selama 3 Hari 2 Malam di Bandar Kuala Terengganu. Program ini menghimpunkan seramai 24 orang peserta, terdiri daripada 20 orang belia Johor dan 4 orang belia dari Singapura. Sepanjang program, para peserta akan terlibat dalam pelbagai aktiviti yang memupuk perkongsian ilmu, pertukaran budaya, pembangunan kepimpinan, serta mengeratkan hubungan persahabatan dan kerjasama antara belia kedua-dua negara. Program ini turut bertujuan melahirkan generasi belia yang lebih berdaya saing, berfikiran global, serta menghargai kepelbagaian budaya serantau.



